Tuesday, October 5, 2010

Wedding Cake Box

Salam...

Pembukaan tirai tempahan wedding cake bagi bulan oct ni..orangnya kecil molek, berkulit putih, wajah mulus bertuah sungguh jejaka yg telah menawan hati zana..tak banyak kerenah cuma mahukan kek yang berbentuk kotak hadiah dan bertemakan purple pink..

Tapi ada kesedihan dihati saya semasa mendeko kek ni..sepatutnya dibahagian tepi dan dibahagian topper diletakkan ribbon bagi menghidupkan lagi bentuk kek ni..malangnya anak perempuan saya mendapat demam 3 hari sebelum saya membuat kek...bila nak pegang je gumpaste dia merenggek tak bagi saya buat..nak dihantar ke taska tak sampai hati, masuk 3 hari dia masih demam buatkan saya ambik keputusan untuk tukar design dimana topper ribbon saya gantikan dgn bunga gumpaste but saya explain dgn zana and zana faham keadaan saya..sedih saya tengok kek ni coz tak menepati citarasa zana..tapi ada kegembiraannya bila malam selepas selesai majlis zana datang kerumah saya utk pulangkan pisau kek..dia bagi tahu saya "tak pe kak majlis dah lepas tapi yang paling penting kek akak sedap serta cantik"..fuh! terubat kesedihan saya..meh tengok kek tu...






3 Tier Stack Wedding Cake
Size Cake : 12inc, 9inc & 6inc
Flvr : Choc Moist, Choc Sponge Cake & S' Berry Butter cake

No comments:

Post a Comment